....

nuffnang

nuffnang

Khamis, 29 Julai 2010

Wahai Suami..Wahai Isteri..


Ketahuilah bahawa sifat cemburu yang positif amat perlu dalam hubungan suami isteri.Janganlah diri anda penyebab untuk pasangan anda cemburu. Demi keharmonisan rumahtangga, suami dan isteri perlu menjaga adab dan tingkahlaku agar pasangan anda tidak merasa cemburu lantas menimbulkan salahfaham... dan persengketaan. Jagalah adab pergaulan dengan rakan yang lawan jenis, elakkan berhubung dengan mesra melalui sms, panggilan telefon ataupun emel kerana bukan sahaja ianya mendorong ke arah kemaksiatan, ianya boleh mengeruhkan hubungan anda suami isteri. Jadikanlah pasangan anda sahaja penerima sms atau emel yang penuh ucapan kasih dan mesra dari anda!Lihat seterusnya..
** wahai suami..jagalah pergaulan mu untuk keharmonian rumahtanggamu..wahai isteri..jaga suami mu agar kebahagian sentiasa menemanimu...

Rabu, 28 Julai 2010

Amanah Saham..

Bila sebut jer Amanah Saham..pasti ramai yg terbayang pasal Bursa Saham..emp..rasa2 naik ke..turun saham ari nie..tu laa manusia..$..$..$..kite x perasan pun tentang saham kita ms di sana nanti..dimana? aaa..saham ms kite bertemu dgn Pencipta laa..saham yg bakal menentukan ke mana arah tujuan kite..Syurga @ neraka..
Aku tertarik dgn perbincangan tajuk nie dlm rancangan Halaqah,terbitan Astro Awanis. Ia buat aku berfikir..mampu ker aku meninggkatkan saham aku di sana nanti..emp..Kalu di dunia..saham yg paling nyata adalah kedudukan dan $..tp sedar @ tidak saham kita yg paling besar yg tak mampu kita bli ngan duit adalah anak2..
zaman kian brubah,cara mendidik juga makin brubah..yea lah..anak2 skang pantang dtegur,dkritik..mula laa buat kes..lari umah laa..isap dadah..ponteng sekolah..mcm2 laa..kes buang bayi rata2 mlibatkan remaja..sape remaja 2 kalu bkn golongan anak2..
Sapa yg patut dpersalahkan..??! Bagaimana saham kita nanti jika anak2 kita trus hanyut..sedihnya..bila tiba ms untuk kite pergi tiada apa yg mampu kita bawa sebagai saham di alam sana..
Mampukah kita melahirkan anak2 yg soleh dan solehah sebagai bekalan untuk membawa kita ke syurga..??
Tepuk dada tanyalah iman..kata ustaz,so..fikir2kanlah..mudah2an kita mampu mendidik anak2 kita menjadi anak yg berpegang kepada ajaran agama dan menjadi anak2 yg soleh dan solehah..Jauhkanlah dari perkara2 yg mungkar..amin..

Selasa, 27 Julai 2010

Sajak Buat Mu A..iskh..iskh..iskh...

A
Maaf krna tidak dapat membantu diri mu
Di kala parang ayah mengurang
Di kala wajah ayah memerah
Di kala suaramu tersekat

A
Maafkan sekali lagi
Bukan aku tidak mahu membantu mu
Bukan aku tidak sayu
Bukan..Bukan..Bukan..

A
Tika ayah mengacu parangnya
Hatiku meruntun sayu
Melihat kau cuba lari bertempiaran
Bersama rakan-rakan
Untuk hidup sehari lagi

A
Realitinya aku tidak mampu
Menghulurkan tangan untuk kau sambut
Supaya dapat ku bawa kau lari
Jauh dari parang ayah

A
Aku tidak mengerti
Mengapakah ayah benci akan dirimu
Aku sudah tidak sanggup lagi melihat sandiwara ini
Aku hanya mampu menjadi pemerhati
Bersama seribu belas dihati
Bersama kasih yang tebal di nurani
Namun aku hanya seorang insan biasa

A
Larilah kau
Jangan menyerah pada ayahku

Ah A
Tidak dapat aku gambarkan
Dikala parang ayah menetak lehermu

Air mataku mengalir menuruni pipi
Tak tertahan lagi..sedih..sayu..
Yeah...
Seluruh keluarga ku besorak
Semua berpesta atas kematian mu
A...Ayam ku
Kematian mu, nyata amat pedih
Tetapi kau menjanjikan santapan istimewa buat keluargaku
Ayam goreng bersambal...!!
Nyam..Nyam..Nyamm...sedap hingga menjilat jari..


Cinta Bersulam Noda


Di malam sepi kusujud menghadap-Mu
Mengharap
magrifat dari-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Esa

Kucemari hidupku dengan kesesatan
Membutakan hati yang sering terleka
Terasa jauh diriku dari-Mu Tuhan
Dengan godaan syaitan

Kutahu Dialah penerima taubat
Walaupun kusering tinggalkan suruhan
Berilah kesempatan ini untuk ku berubah

Cintaku dambakan hanya pada-Mu oh Tuhan
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina
Kusering berjanji namun sering kumungkiri
Janji yang tak pernah lagi kutepati

Kupasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan
Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Kumohon jauhkan diriku dari azab-Mu
Ampunilah segala dosa-dosa ku

Isnin, 26 Julai 2010

Seri Kandiku...


Tabahlah jiwaku
setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Penghargaannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..


Kelebihan Bulan Syaaban

REJAB sudah berlalu. Kini Syaaban menjelang. Lambaian Ramadan sebulan lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda:

“Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.” Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
“Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan”,

bermaksud : ” Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan.”

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak. Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

FADHILAT SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

o Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

o Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.

Sabda Rasulullah S.A.W.: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

o Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: “Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BULAN SYAABAN

1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !” Kata saya (Nabi Muhammad) :
“Hai Jibril, apakah erti malam ini ?” Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.” Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa’idzin.

2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

Begitu besarnya fahilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.

Indahnya...


Sahabat...


Rabu, 21 Julai 2010

Selasa, 20 Julai 2010

Isnin, 19 Julai 2010

Jom Berteka-Teki Lagi...

kali nie teka-teki nie aku dapat dalam internet...lawak gak n buat aku tpikir mcm ner diarang leh cipta teka-teki gini..confius..confius..tp kira terel aa..kan..aku??ciplak jer..hehehe...


1. tikus aper yg ada dua kaki?
jwp: Mickey Mouse

2. itik apa yg ada 2 kaki?
jwp: semua itik ada 2 kaki

3. kambing apa yg kita tak nampak?
jwp: kambing yg menyorok

4. gurun mana yg tanamannya subur?
jwp: Gurun, kedah

5. buah apa ada gear?
jwp : seBuah kereta

6. bunga apa warna hitam?
jwp: bunga tayar

7. buka baju, pakai bedak, terjun kolam..apakah ia?
jwp: pisang goreng

8. katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi..?
jwp: tumpah laa..

9. sungai apa paling tajam?
jwp: sungai lembing

10. dalam bebanyak orang..orang apa tak kawin?
jwp: orang utan
11. ikan apa yg miskin
jwp: ikan kering

12. apakah dia 'rumah di bawah, tiang di atas?
jwp: kubur


13. di kuala lumpur ada 2, di seremban ada 1, di johor pula tiada?
jwp: huruf 'a'

14. rumah dalam bahasa inggeris apa?(house) rumah terbakar panggil apa?
jwp: panggil bomba

15. benda apa paling dekat dengan kita tapi susah untuk kita memandangnya?
jwp: telinga

16. pembuatnya tidak mahu guna,pembelinya tidak menggunakannya dan penggunanya tidak nampaknya.Apakah ia?
jwp: keranda

17. ada sejenis kuih yg ada macam-macam rasa kuih.ada rasa karipap, ada rasa donat, ada rasa apam, senag cerita ada rasa semua kuih laa..kuih apa tu?
jwp: kuih muih

HABIS DA...


Ahad, 18 Julai 2010

Remember Always..


** Bila kita sentiasa mengingatiNya,maka Dia jua akan sentiasa disisi kita..Dia.. pencipta & pencinta yang setia kepada hambaNya yang taqwa..

Jadilah Insan Yang Lurus..


** berusahalah untuk menjadi insan yang lurus zahir & batin...moga hidup kita sentiasa diberkati..amin...

Khamis, 15 Julai 2010

Hanya Sekadar Hiburan...

Asal Usul Nama Pahang

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

Keayuan & Keindahan Wanita...

Keanggungan & keindahan tidak
ditentukan oleh kecantikan Wajah
Wajah yg cantik tidak kan terlihat
Indah...
kerna tertutup oleh kabut
penghalang &..

Wajah yg biasa-biasa sahaja
akan terlihat Indah
kerna pancaran keAyuannya..
dalam dirinya...

Jadi..mahu memilih yg mana?
Ingatlah,jangan sampai Rugi..!
penyesalan tidak beerti
Teman sejati adalah...
Asma ILLAHI..
yang selalu hadir di hati..



Jika Aku..


Ya Allah, jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yg
melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yg hatinya bertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku kedalam
jurang cinta nafsu
Ya Rabbuna, jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu...







Rabu, 14 Julai 2010

Pagar Diri Dari Maksiat

Hadith :
Dari Jabir r.a, katanya dia mendengar nabi s.a.w bersabda:”Apabila ada di antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya.” (Muslim)

Huraian :
Rumah tangga orang beriman adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Rumah yang didiami bukan sekadar tempat berlindung dari panas dan hujan bahkan ia merupakan tempat untuk beristirehat, membina kasih sayang antara ahli keluarga, anak dan isteri dan mencari keredhaan Allah S.W.T. Sesungguhnya, alasan yang paling kukuh mengapa manusia itu perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi. Dengan perkataan lain ia adalah fitrah yang dijadikan oleh Allah S.W.T. Maka atas tuntutan tersebut, tanpa adanya perkahwinan kadangkala manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat. Sebab itulah Islam memuliakan sebuah perkahwinan dan amat menggalakkan umatnya supaya berkahwin sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)." (Bukhari)


myspace layouts

myspace layouts

Isnin, 12 Julai 2010

Teka-Teki Kelako..

Waktu aku baca teka-teki nie..bagai nak rak gak aku ketawa..kelako giler..aku dapat teka-teki nie dari member2..so aku nak kongsikan dalam blog aku nie..jom kite pakat ketawa yek..

1. Lubang ape yg rasanye hangat,nikmat dan nyaman?
jwp**LUBANGun pagi2,tarik selimut pas tu tido balik

2. Minyak ape yg disukai lelaki?
jwp**MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

3. Kuih ape yg bungkusannya ddlm,isinya dluar?
jwp**kuih salah bikin

4. Binatang apa yg power dlm bab karate?
jwp**kuda belang,cube kira brape byk belt dia ade

5. siape yg menemukan dompet kulit?
jwp**yg menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kpd saya

7. pintu aper yg walaupun 10 org tak leh nak tolak?
jwp** pintu yg ada tulis 'TARIK'

8. saya ada 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki..siapa saya?
jwp**pembohong

9. apa dia 'jauh dimata,dekat di hati?
jwp**usus

10. binatang apa yg seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
jwp**kutu rambut

11. nenek sape jalannya meloncat-loncat?
jwp**neneknya si katak

12. kenapa lelaki jarang penyakit anjing gile?
jwp**sbb lelaki nikan 'buaya'

13. tukang ape yg kalau dipanggil,dia menjenguk ke atas?
jwp**tukang gali kubur

14. nak mencari sikit punye susah, bile dapat buang,ape bendanya?
jwp**tahi hidung

15. ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
jwp** dua-dua kalu dah 'kringgg' kena angkat

***HABIS DAH..HEHEHE..

Lawak Tak Sedar Diri..

Diceritakan didalam sebuah hutan, tinggal laa berbagai-bagai jenis binatang..Adapun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..
Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan..

Babi : ish..boring laa plak kan kerbau..

Kerbau:aa'aahh boring betul...kau pikir aper yang patut kiter buat agar hilang boring kiter nie..

Babi :haa..aku ade satu cadangan, ape kate kite melukis. Kau lukis muka aku dan aku lukis muka kau..

Kerbau:emmp..ok gak, First kau lukis muka aku dulu pastu aku plak lukis muka kau.

Babi :ok, kau dok diam2..

5 minit kemudian....

Babi : hah, dah siap, nah...

Kerbau: waaaa...lawanyer kau lukis. Ok sekang aku plak lukis muka kau.

maka anak kerbau pun mula melukis muka anak babi. 5 minit kemudian...

Kerbau: nah dah siap muka kau yang lawa nie...

Babi: (muka tetiba jd merah..lalu marah kat nak kerbau) ape yang kau lukis nie..kerbau?!!

Kerbau: laa betul laa ape yang aku lukis tu. (kerbau tak puas hati)

Babi : nie bukan muke aku...nie muke BABI...

p/s: kite mesti sedar diri kite nie...jgn asik duk lupe akan diri kite tau...

*** so pandang diri sendiri sebelum pandang keburukkan org lain key...

Khamis, 8 Julai 2010

Cara Terbaik Meredakan Kemarahan

Cara yang terbaik untuk meredakan kemarahan adalah dengan mengambil wudhu' setiap kali perasaan itu datang. Di samping membaca ayatul Qursi, zikrullah, istighfar serta sentiasa mengingatkan diri bahawa kemarahan itu adalah dari api dan api itu adalah asal kejadian syaitan. Kita harus menutup pintu kemarahan kerana apabila kita marah syaitan akan berpesta dan itulah cara mudah untuk dia mempengaruhi kita. Bermakna orang yang sedang marah adalah dikuasai oleh syaitan. Bagi memadamkannya ia perlukan air. Air wudhu'lah yang harus kita gunakan bagi membanteras sikap mazmumah di dalam diri kita oleh sikap marah melampau.

Salah satu cara lagi ialah dengan membisikkan kepada diri sendiri dan katakan mengapa aku mesti marah ? Apa untungnya aku marah ?
Orang yang marah sebenamya mempamerkan kebodohannya . , jadi mulai hari ini, tanamkan sikap untukmenahan rasa marah dan cuba senyum dengan senyuman paling manis biarpun hati sedang mendidih dengan kemarahan.

Cubalah berjenaka dan anggap masalah itu cuma hiburan . Jangan begitu serius semasa bekerja(terlampau memikirkan kerja sehingga sukar memahami orang lain) kerana ini akan menyebabkan anda sering tertekan.. Dengan itu sikap yang sebegitu keras akan menekankan perasaan orang. Sekaligus menjauhkan orang lain dari kita dan itu akan mengundang tekanan dalam diri. Kurangkan aktiviti yang menekan minda , carilah perbualan yang positif dan jangan cuba berbual perkara yang negatif seperti mengumpat orang, menyebarkan fitnah dan lain-lain. Ini kerana berita-berita kosong akan menyakitkan minda dan jiwa seterusnya akan meletuskan rasa amarah yang teramat.
pimp myspace profile

pimp myspace profile

** Kalau rasa tertekan dengan kerja, cubalah bertenang , rehatkan minda seketika dan cuba buat sesuatu contohnya melukis, menulis dan lain-lain tapi jangan pula ambil kesempatan sehingga mengabaikan tugas kita yang sebenarnya

Kisah Semasa Bercinta vs Selepas Berkahwin

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie.... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman....
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

myspace comments

myspace comments

**cepat nyer si suami berubah..bru kawin 2 thn..ank belum pun sedozen..suami skang x mcm suami dolu2..romantis sampai hujung nyawa...