....

nuffnang

nuffnang

Isnin, 23 Ogos 2010

Cemburu Senaman Hati Untuk Kesegaran Cinta!!


Bilakah masanya para isteri mengalami kecemburuan yang melampau terhadap suami mereka? Saat baerjauhan? Bila lama tidak disentuh, ketika suami menjadi perhatian dara-dara jelita, sewaktu suami naik pangkat dan ramai peminat, atau berubah dari segi penampilan dan imej atau pun ketika suami tak peduli!!

Isteri juga boleh cuba bangkitkan kecemburuan suami kepada anda. Dengan cara-cara seperti di atas. Tapi jangan melanggar batas syariat, bimbang tak selamat perkahwinan yang terpateri. Cemburu bukan mainan, ia adalah perasaan semula jadi yang diberikan Allah kepada para pencari cinta. Cemburu boleh jadi buruk padahnya jika tidak diuruskan dengan baik. Oleh itu ketahuilah teknik mengurus cemburu.

PEREKSA FAKTA

Jangan berprasangka jika tidak ada fakta. Akan tetapi, ramai isteri yang cukup menggunakan kata hati mereka untuk mengetahui kejujuran suami. Fakta amat penting untuk memastikan segala-galanya. Dengan mencari fakta anda tidak terbelenggu oleh permainan kata hati yang tidak pasti. Jika sudah jumpa kebenaran dengan mata dan bukti kukuh barulah boleh mengambil langkah selanjutnya. Selagi anda belum berjumpa fakta anda tak boleh menemui jalan terang.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci-Nya. Yang disukai Allah ialah cemburu di dalam keraguan dan yang dibenci-Nya ialah cemburu yang tidak dalam keraguan."(hadis riwayat Abu Daud)

Cemburu dalam keraguan maksudnya : hanya menyangka dan masih percaya kebaikan pada pasangannya. Cemburu yang tidak dalam keraguan pula bermaksud tuduhan melulu tanpa fakta.

MENJADIKAN SEMUA KAWAN WANITA SUAMI SEBAGAI KAWAN RAPAT ANDA

Pernahkah anda mendengar istilah 'teman tapi mesra'? Suatu hari anda menerima mesej SMS dari seorang wanita yang tersalah kirim ke dalam telefon bimbit suami anda. Rupa-rupanya dia telah rapat dengan suami anda kerana insiden yang terjadi di antara mereka. Mereka sering mencurahkan perasaan dan bertukar pandangan. Apabila ditanya kepada suami anda, dia berkata wanita itu ' teman motivasi' biasa yang tak ada istimewanya.

Bagaimana anda akan melalui keadaan ini? Saya syorkan anda ikut terbabit sama dalam ikatan mereka. Mintalah suami memperkenalkan anda lebih jauh dengannya dan jadikan dia sebagai sahabat anda. Pastikan anda menyatakan isi hati anda kepada suami : "Saya amat cemburu." Anda dan suami mesti berjanji, kawan suami adalah kawan anda juga dan begitulah sebaliknya.

PERIKSA KELEMAN DIRI

Kadang-kadang wanita cantik berfikir, lelaki melakukan kecurangan bukan atas sebab isteri, tetapi kerana 'kegatalan' semula jadi. Buktinya, ramai yang beristeri cantik, muda dan kaya tapi masih ada suami yang tidak puas juga. Senenarnya pandangan sebegini tidaklah tepat. Bagaimana pun isteri mesti mengenal dirinya sendiri sebelum mengenal siapa suaminya. Syurga bagi lelaki bukan hanya kecantikan luaran pada wanita tetapi aspek-aspek lain perlu juga diambil kira. Tak hairan wujud isteri nombor dua, tapi tak cantik namun suami tetap jatuh hati kepadanya. Mengapa?! Kalau setiap isteri boleh terima hakikat bahawa mereka perlu memperbaiki diri terus menerus tanpa henti selagi disamping suami, insyaallah suami boleh dijaga dengan baik. Tapi, takkanlah isteri saja yang perlu memperbaiki diri, suami pula tidak!!? Terimalah hakikat, siapa yang mahu menguasai seseorang dia harus kuat dari orang itu. Kalau isteri kuat, hebat dan syurga di hati suami, insyallah suami rela dikuasai.

MENGAJAK SUAMI DEKAT KEPADA ALLAH s.w.t

Kejahatan manusia berpunca dari hati yang tidak mengenal Allah Taala. Orang yang berzina, berjudi, minum arak, menipu, rasuah dan pelbagai kejahatan lain yang dilakukannya semua berpunca dari hilangnya iman di hati. Sebelum perbuatan suami lebih jahat dari syaitan, pastikan anda memberi layanan iman dihatinya.
Jangan hanya pentingkan layanan makan, minum dan seks sahaja. Pada hal yang paling darurat jesteru layanan iman. Tapi ada suami yang baik hati, hanya mata keranjang saja dan sedikit-sedikit menipu. Apa pun jenis dosa, yang ringan dan berat semua manusia wajib bertaubat. Seorang isteri solehah bertanggungjawab membawa suaminya menjadi lelaki yang soleh. Hattah seorang isteri seorang ustaz pun wajib menasihati suami jika tersilap. Jadikanlah rumah anda mesra ayat-ayat Al-Quran, tak pandai baca? beli careka padat atau kaset dan mainkan di rumah supaya rahmat Allah turun di hati suami. Tunjukkan teladan yang baik, akhlak yang lemah lembut dan sopan ketika memberi pandangan, didik anak dengan ajaran islam yang sempurna, sentiasa tingkatkan ilmu dan perbaiki amal. Dan jangan putus harap kepada Allah, tetap setia berdoa agar Dia membuka hati suami ke jalan yang benar.

TETAP CERIA WALAUPUN CEMBURU

Mustahil agaknya, tapi cubalah amalkan. Anggaplah cemburu itu sebagai senaman hati untuk menyegarkan cinta anda kepada suami. Bawa bertenang dan berzikir. Tiada sesuatu pun yang berkuasa memberi manfaat dan mudarat melainkan Allah s.w.t. Pasakkan di hati, cukuplah Allah sebagai pelindungku. Suamiku, aku hanya cemburu saat Allah mencemburui dirimu. (Allah cemburu kepada hamba yang berpaling dari wajah-Nya tenggelam dalam maksiat dan kelalaian)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan