....

nuffnang

nuffnang

Ahad, 8 Ogos 2010

Renungkanlah..

Fahami dan pelajarilah..

WAHAI ISTERI
Terutamanya mereka yang agak baru mendapat status isteri. Pelajari cara bergaul dengan keluarga suami dengan baik. Mungkin anda dibesarkan dengan latar belakang yang berbeza tetapi cubalah untuk menyesuaikan diri tatkala di rumah mertua. Walaupun di rumah ibubapa anda, mungkin ada bibik yang melayan makan minum ahli rumah, sekiranya di rumah mertua, bantulah urusan rumahtangga dan di dapur.Janganlah sehingga waktu Ramadhan nanti, disebabkan anda tak mahu bersahur, anda terus tidur di bilik dan membiarkan suami makan sahur bersama ibu dan ayah mertua sahaja!

WAHAI SUAMI
Sebagai pemimpin keluarga yang amat mencintai isteri anda, bantu dan didiklah isteri untuk menyesuaikan diri dan melayani ibubapa anda dengan baik. Janganlah kerana terlalu memanjakan isteri, anda mengaturkan ibu anda supaya menurut kemahuan isteri anda, contohnya sekiranya isteri tak gemar makan ikan darat, anda arahkan ibu untuk melayan selera isteri. Jagalah hati dan perasaan ibu anda dan tidak salah memberi syor kepada isteri agar turun sama ke dapur untuk memasak makanannya sendiri ketika di kampung terutamanya waktu Ramadhan nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan