....

nuffnang

nuffnang

Isnin, 1 November 2010

Kenali Peribadi Pasangan Melalui Warna

Erm… benarlah kata orang, warna memainkan peranan penting dalam menentukan mood seseorang. Warna kesukaan atau kegemaran seseorang sebenarnya melambangkan peribadi mereka. Apakah warna kegemaran pasangan anda? Cuba risik dan ketahui warna pasangan anda kerana anda boleh menyingkap peribadinya melalui warna tersebut. Ayuh, tinjau warna pilihan si dia…

Warna Putih

Ha… putih itu suci… warna putih juga terbahagi kepada beberapa pecahan atau kategorinya, ada yang suka putih susu, putih salji, putih krim, putih kapas, putih awan dan sebagainya. Walau apapun warna putih kegemaran si dia, dia merupakan seorang yang berfikiran positif dan optimistik. Mereka juga berkebolehan dalam menyeimbangkan kehidupan seharian mereka, antara kerja dan peribadi. Sikap negatif yang dimiliki oleh si peminat warna putih ialah mereka gemar mengasingkan diri dari orang ramai. Hal ini kerana mereka berpendapat bercampur dengan orang ramai, akan menyebabkan mereka bosan dan rasa tidak selesa.

Warna Kuning

Si peminat warna kuning merupakan seorang yang menarik dan penuh aspirasi. Mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan mereka boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Namun negatifnya, mereka amat mudah berputus asa, apabila sesuatu perkara itu tidak dapat diselesaikan. Jika hal ini merunsingkan, hidulah lemon kerana aroma dan warnanya akan melepaskan si peminat warna kuning dari tekanan kerja tersebut.


Warna Oren

Jarang sekali kita dengar ada seseorang yang sukakan warna ini. Tetapi, pastinya ada segelintir dari pasangan kita yang sukakan warna ini. Penggemar warna oren merupakan seorang yang kreatif, sukakan persaingan, aktif dan praktikal dalam melakukan sesuatu. Si penggemar warna oren, merupakan seorang yang suka bersaing dengan sesiapa sahaja. Bagi mereka persaingan secara sihat ini boleh mencabar minda dan menambah pengalaman mereka. Adakalanya juga, mereka kurang memberikan perhatian kepada perkara yang tidak suka dilakukan atau diarah oleh orang lain.


Warna Merah

Warna ini sering dikaitkan dengan sikap yang garang dan tegas, juga berani. Si peminat warna merah adalah individu yang bermotivasi dan mengamalkan gaya hidup yang aktif. Si merah juga digambarkan sebagai individu yang berkebolehan sebagai seorang pemimpin. Erm… memang benarlah si peminat warna ini seorang yang panas baran dan mudah naik angin. Jadi… jangan la anda sengaja nak buat mereka marah, anda sendiri yang akan dapat padahnya.

Warna Hijau

Mereka yang meminati warna ini merupakan seorang yang berperikemanusiaan dan amat prihatin. Biasanya apabila mereka mempunyai masalah, mereka akan merujuk kepada alam sekeliling bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan mereka. Awas, mereka yang meminati warna hijau ini adakalanya tidak boleh dipercayai, biarpun mereka bersikap berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara.


Warna Ungu

Mmm… warna ungu memang cantik. Jika pasangan anda meminati warna ini, mereka sebenarnya seorang yang agak sensitif dan berdaya aspirasi yang tinggi. Pengaruh warna ungu kepada si pemiliknya menggambarkan sikap yang kasar, tidak sabar, dan gemar memarahi orang lain. Itulah antara sifat yang tidak boleh dielakkan oleh mereka. Jadi, si penggemar ungu, belajar-belajar la supaya sentiasa relaks dan positif apabila berhadapan dengan kerja dan rakan-rakan yang lain. Jangan asyik nak marah jea… nanti orang pun tak suka dan pulaukan kita, ha macam mana


Warna Coklat

Erm… mungkin tidak ramai yang sukakan warna ini… tapi mungkin ramai yang suka makan cokelat. Jika pasangan anda antara golongan yang meminati warna ini, tahniah kerana pasangan anda seorang yang jujur, tidak suka meninggi diri dan gemarkan gaya hidup yang amat sederhana, biarpun mereka boleh dikategorikan 'anak orang kaya'. Tapi status pada mereka tidak penting dan mereka amat menghargai sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka, termasuk anda. Tapi awas, mereka tidak suka berhadapan dengan kenyataan? La… kenapa jadi macam tu? Penggemar warna ini akan acapkali lari dari kenyataan, biarpun hanya perkara yang remeh.

Warna Biru

Erm… mesti ramai yang sukakan laut atau awan kerana kedua-dua kejadian semulajadi alam ini, berwarna biru. Bila lihat laut dan awan yang membiru, pastinya kita akan merasa tenang. Jika pasangan anda meminati warna biru, mereka merupakan seorang yang bijak dan berperanan besar dalam menentukan hala tuju kehidupannya. Mereka juga dilabelkan sebagai tempat rujukan bagi sesiapa yang bermasalah. Si biru berkebolehan menjadi pemimpin kerana bijak mengatur strategi. Tetapi, adakalanya si biru akan bertindak melampaui batas untuk mencapai sesuatu yang diingini.


Warna Hitam

Si pemilik warna hitam, merupakan seorang yang tegas, kuat, berdisiplin dan tidak suka dikongkong. Cubalah kongkong pasangan anda yang gemarkan warna ini, pastinya akan berlaku pemberontakan yang tidak disangka-sangka. Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu tentang si penggemar hitam ialah, mereka kurang berkeyakinan dan adakalanya memerlukan sokongan atau bantuan dari orang lain.

Warna-warna yang perlu dielakkan.
Elakkan warna hijau jika anda berada dalam keadaan yang keliru dalam apa jua perkara. Ini kerana hijau boleh mempengaruhi fikiran anda sehingga anda sukar membuat pilihan atau keputusan. Sebaliknya pilihlah warna putih apabila anda berasa keliru. Tetapi jika anda berasa kurang bersemangat, elakkan warna putih, kerana putih akan menyebabkan anda lebih bosan dalam melakukan sesuatu perkara.

Erm… anda sering merasa gundah gulana? Tipsnya mudah sahaja, apabila anda dihantui perasaan ini, elakkan warna merah kerana merah menjadikan anda agresif sehingga mungkin akan melakukan perkara-perkara yang negatif. Bagi mereka yang ingin 'enjoy' bersama rakan-rakan, elakkan memakai pakaian yang berwarna hitam kerana anda tidak akan dapat merasai keseronokan bersama rakan-rakan anda.

Macam mana? Anda telah ketahui warna kegemaran pasangan anda? Dah tilik peribadinya? Mungkin ada yang kata andaian yang diberikan 'tidak kena' dengan peribadi mereka. Tapi sekurang-kurangnya artikel ini menjadi panduan dan persediaan untuk anda apabila berhadapan dengan pasangan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan