....

nuffnang

nuffnang

Selasa, 31 Ogos 2010

Rahsia Tahi Lalat..

Ok lah ari ni...aku nak share skit tentang rahsia tahi lalat....for sure sme org ade tahi lalat kan? So kalo nak tau ape makna tahi lalat yang korang miliki tu meh usha bawah ni.....mane la tau ade yang betul kan? heheheheh....

1. Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-citanya
2. Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
3. Ubun-ubun - kurang jujur
4. Pusar - cerdas,tangkas dan tekun
5. Di Kening kanan - cergas dan cekap
6. Di kening kiri - cergas dan sopan santun
7. Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
8. Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri
9. Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
10. Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati
11. Di alis kanan - baik hati, suka menolong
12. Di alis kiri - ramai yang suka
13. Di pipi kanan - ramai teman
14. Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
15. Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan
16. Pada hidung - banyak rezeki
17. Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
18. Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai
19. Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
20. Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
21. Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
22. Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
23. Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
24. Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
25. Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur
26. Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
27. Leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
28. Leher ditengah - tercapai apa yang dicita
29. Di bahu kanan - cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
30. Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab
31. Di dada kanan - dapat mengatasi masalah
32. Di dada kiri - berani, jujur dan sabar
33. Buah dada kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia
34. Buah dada kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri
35. Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia
36. Di punggung kiri - lambat, kurang agresif
37. Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
38. Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
39. Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami
40. Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami
41. Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
42. Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan
43. Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
44. Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja
45. Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan
46. Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
47. Ketiak kanan - menyimpan rahsia
48. Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
49. Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
50. Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
51. Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
52. Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja
53. Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)
54. Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua
55. Betis kanan - suka berpoya, boros
56. Betis kiri - tidak suka menganggur
57. Tumit kanan - jujur, banyak kawan
58. Tumit kiri - baik budi
59. Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
60. Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
61. Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
62. Lutut kiri - kurang berusaha


** Haaaa..pas nie try chek kat mana tahi lalat korang yea..salam..

Ahad, 29 Ogos 2010

Maksud Psikologi Warna..


Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.
Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.
Merah Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga,
mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.
Merah terangMewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.
Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.
Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.
Biru tuaMelambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.
Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.
Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.
Kuning terangMelambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.
HijauMelambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.
KelabuSamar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.
Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.
CoklatSuka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.
Ungu Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Maksud Tarikh Lahir Anda..


Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh:

12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria

- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual

- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon

- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Selasa, 24 Ogos 2010

Berapa Harga Isteri Anda..?!


Hargailah isteri anda......
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia..
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh....
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya....

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah... ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):
"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Nilai Wanita Solehah..


Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.
"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
Ibnu-majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.

Wallahua'lam.

Isnin, 23 Ogos 2010

Cemburu Senaman Hati Untuk Kesegaran Cinta!!


Bilakah masanya para isteri mengalami kecemburuan yang melampau terhadap suami mereka? Saat baerjauhan? Bila lama tidak disentuh, ketika suami menjadi perhatian dara-dara jelita, sewaktu suami naik pangkat dan ramai peminat, atau berubah dari segi penampilan dan imej atau pun ketika suami tak peduli!!

Isteri juga boleh cuba bangkitkan kecemburuan suami kepada anda. Dengan cara-cara seperti di atas. Tapi jangan melanggar batas syariat, bimbang tak selamat perkahwinan yang terpateri. Cemburu bukan mainan, ia adalah perasaan semula jadi yang diberikan Allah kepada para pencari cinta. Cemburu boleh jadi buruk padahnya jika tidak diuruskan dengan baik. Oleh itu ketahuilah teknik mengurus cemburu.

PEREKSA FAKTA

Jangan berprasangka jika tidak ada fakta. Akan tetapi, ramai isteri yang cukup menggunakan kata hati mereka untuk mengetahui kejujuran suami. Fakta amat penting untuk memastikan segala-galanya. Dengan mencari fakta anda tidak terbelenggu oleh permainan kata hati yang tidak pasti. Jika sudah jumpa kebenaran dengan mata dan bukti kukuh barulah boleh mengambil langkah selanjutnya. Selagi anda belum berjumpa fakta anda tak boleh menemui jalan terang.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci-Nya. Yang disukai Allah ialah cemburu di dalam keraguan dan yang dibenci-Nya ialah cemburu yang tidak dalam keraguan."(hadis riwayat Abu Daud)

Cemburu dalam keraguan maksudnya : hanya menyangka dan masih percaya kebaikan pada pasangannya. Cemburu yang tidak dalam keraguan pula bermaksud tuduhan melulu tanpa fakta.

MENJADIKAN SEMUA KAWAN WANITA SUAMI SEBAGAI KAWAN RAPAT ANDA

Pernahkah anda mendengar istilah 'teman tapi mesra'? Suatu hari anda menerima mesej SMS dari seorang wanita yang tersalah kirim ke dalam telefon bimbit suami anda. Rupa-rupanya dia telah rapat dengan suami anda kerana insiden yang terjadi di antara mereka. Mereka sering mencurahkan perasaan dan bertukar pandangan. Apabila ditanya kepada suami anda, dia berkata wanita itu ' teman motivasi' biasa yang tak ada istimewanya.

Bagaimana anda akan melalui keadaan ini? Saya syorkan anda ikut terbabit sama dalam ikatan mereka. Mintalah suami memperkenalkan anda lebih jauh dengannya dan jadikan dia sebagai sahabat anda. Pastikan anda menyatakan isi hati anda kepada suami : "Saya amat cemburu." Anda dan suami mesti berjanji, kawan suami adalah kawan anda juga dan begitulah sebaliknya.

PERIKSA KELEMAN DIRI

Kadang-kadang wanita cantik berfikir, lelaki melakukan kecurangan bukan atas sebab isteri, tetapi kerana 'kegatalan' semula jadi. Buktinya, ramai yang beristeri cantik, muda dan kaya tapi masih ada suami yang tidak puas juga. Senenarnya pandangan sebegini tidaklah tepat. Bagaimana pun isteri mesti mengenal dirinya sendiri sebelum mengenal siapa suaminya. Syurga bagi lelaki bukan hanya kecantikan luaran pada wanita tetapi aspek-aspek lain perlu juga diambil kira. Tak hairan wujud isteri nombor dua, tapi tak cantik namun suami tetap jatuh hati kepadanya. Mengapa?! Kalau setiap isteri boleh terima hakikat bahawa mereka perlu memperbaiki diri terus menerus tanpa henti selagi disamping suami, insyaallah suami boleh dijaga dengan baik. Tapi, takkanlah isteri saja yang perlu memperbaiki diri, suami pula tidak!!? Terimalah hakikat, siapa yang mahu menguasai seseorang dia harus kuat dari orang itu. Kalau isteri kuat, hebat dan syurga di hati suami, insyallah suami rela dikuasai.

MENGAJAK SUAMI DEKAT KEPADA ALLAH s.w.t

Kejahatan manusia berpunca dari hati yang tidak mengenal Allah Taala. Orang yang berzina, berjudi, minum arak, menipu, rasuah dan pelbagai kejahatan lain yang dilakukannya semua berpunca dari hilangnya iman di hati. Sebelum perbuatan suami lebih jahat dari syaitan, pastikan anda memberi layanan iman dihatinya.
Jangan hanya pentingkan layanan makan, minum dan seks sahaja. Pada hal yang paling darurat jesteru layanan iman. Tapi ada suami yang baik hati, hanya mata keranjang saja dan sedikit-sedikit menipu. Apa pun jenis dosa, yang ringan dan berat semua manusia wajib bertaubat. Seorang isteri solehah bertanggungjawab membawa suaminya menjadi lelaki yang soleh. Hattah seorang isteri seorang ustaz pun wajib menasihati suami jika tersilap. Jadikanlah rumah anda mesra ayat-ayat Al-Quran, tak pandai baca? beli careka padat atau kaset dan mainkan di rumah supaya rahmat Allah turun di hati suami. Tunjukkan teladan yang baik, akhlak yang lemah lembut dan sopan ketika memberi pandangan, didik anak dengan ajaran islam yang sempurna, sentiasa tingkatkan ilmu dan perbaiki amal. Dan jangan putus harap kepada Allah, tetap setia berdoa agar Dia membuka hati suami ke jalan yang benar.

TETAP CERIA WALAUPUN CEMBURU

Mustahil agaknya, tapi cubalah amalkan. Anggaplah cemburu itu sebagai senaman hati untuk menyegarkan cinta anda kepada suami. Bawa bertenang dan berzikir. Tiada sesuatu pun yang berkuasa memberi manfaat dan mudarat melainkan Allah s.w.t. Pasakkan di hati, cukuplah Allah sebagai pelindungku. Suamiku, aku hanya cemburu saat Allah mencemburui dirimu. (Allah cemburu kepada hamba yang berpaling dari wajah-Nya tenggelam dalam maksiat dan kelalaian)





Ahad, 22 Ogos 2010

Cantik di Hati..


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan..

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi..

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan..

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan..

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberi Tuhan..

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan..

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati..

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup rasa beerti..

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan..

Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju ke Syurga..

Isnin, 16 Ogos 2010

Tibanya Saat Berbuka..


WAHAI SUAMI
Setelah berpuasa seharian, lazimnya para suami akan 'request' pada isteri tersayang untuk menyediakan juadah dan lauk pauk kegemarannya. Bersikap prihatinlah terhadap isteri anda. Berpada-padalah tatkala memberi senarai makanan yang anda mahukan isteri sediakan. Isteri anda juga berpuasa dan selain dari menunaikan kemahuan anda, isteri juga pasti lebih bersimpati dengan anak-anak terutamanya yang berlatih berpuasa.

WAHAI ISTERI
Setelah penat di pejabat , ataupun sebagai suri-rumah yang sibuk melayan anak-anak kecil seharian, tuntutan dari suami dan anak-anak yang berpuasa tentu memberi tekanan pada anda. Bersikap bijaksana dan bersabarlah menghadapi karenah mereka. Tentunya tindakan anda sebagai ibu dan isteri yang sanggup bersusah-payah demi keluarga tercinta akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Dan sesungguhnya...

Ya Allah, pada malam ini tatkala doa-doa hambaMu Kau kabulkan, semoga doa kami adalah di antaranya. Bila dikau mengampunkan hamba-hambaMu yang bertaubat, hendaknya taubat kami juga Kau terima Ya Allah. Di kala RahmatMu kau curahkan ke atas mereka yang Kau Redhai, hendaknya kami juga terpilih untuknya. Dan bila kau tetapkan Jannah untuk sebilangan hamba mu yang beruntung. Jadikanlah kami dikalangan mereka.Amin..

Isnin, 9 Ogos 2010

Selamat Berpuasa..

Ramadhan menjelma, membasuh diri dari segala dosa..sama-samalah kite beramal dan melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna..agar keberkatan diperolehi bersama..Selamat Menjalani Ibadah Puasa...dari kami Sekeluarga

Ahad, 8 Ogos 2010

Kerana 50 sen...

pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya... Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.

MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..


Malam Lailatul Qadr..


Hayatilah malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan..mudah-mudahan kita kan menemuinya..

Always For U...

Keberkatan Ramadhan..Tunaikan Zakat..

Ambillah keberkatan Ramadhan yang semakin menhampiri kita untuk memperbaiki segala amalan kita dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.
'Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya .Tidaklah ada kebimbangan bagi mereka dan mereka tidak akan berdukacita(al-baqarah ayat-112)

JANGAN TANGGUH2KAN UNTUK TUNAIKAN ZAKAT FITRAH RAMADHAN INI

'Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.'[Al Baqara ayat-110)


** SELAMAT BERPUASA, SEMOGA RAMADHAN INI MEMBERI 1000 KEBERKATAN BUAT KITA SEMUA..YEA..YEA..NAK RAYA..TAPI JANGAN LUPER PUASA...

Renungkanlah..

Fahami dan pelajarilah..

WAHAI ISTERI
Terutamanya mereka yang agak baru mendapat status isteri. Pelajari cara bergaul dengan keluarga suami dengan baik. Mungkin anda dibesarkan dengan latar belakang yang berbeza tetapi cubalah untuk menyesuaikan diri tatkala di rumah mertua. Walaupun di rumah ibubapa anda, mungkin ada bibik yang melayan makan minum ahli rumah, sekiranya di rumah mertua, bantulah urusan rumahtangga dan di dapur.Janganlah sehingga waktu Ramadhan nanti, disebabkan anda tak mahu bersahur, anda terus tidur di bilik dan membiarkan suami makan sahur bersama ibu dan ayah mertua sahaja!

WAHAI SUAMI
Sebagai pemimpin keluarga yang amat mencintai isteri anda, bantu dan didiklah isteri untuk menyesuaikan diri dan melayani ibubapa anda dengan baik. Janganlah kerana terlalu memanjakan isteri, anda mengaturkan ibu anda supaya menurut kemahuan isteri anda, contohnya sekiranya isteri tak gemar makan ikan darat, anda arahkan ibu untuk melayan selera isteri. Jagalah hati dan perasaan ibu anda dan tidak salah memberi syor kepada isteri agar turun sama ke dapur untuk memasak makanannya sendiri ketika di kampung terutamanya waktu Ramadhan nanti.

Rabu, 4 Ogos 2010

Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum kahwin, khususnya dari jenis ‘cinta mendalam’ apabila wujud dalam diri yang jauh dari ilmu, kenipisan iman serta pergaulan bebas adalah KUNCI Syaitan merosakkan iman. Kerosakan dengan amat mudah menyelinap masuk melalui perkataan sang pecinta, tulisannya & lebih merbahaya merasuk perbuatan mereka. Mata, telinga mereka menjadi buta dan pekak dari segala jenis nasihat baik dari manusia ramai, mereka seolah melayang di dunia berasingan. Akhirnya pemiliknya kerap tersesat di pertengahan jalan.
Kesimpulannya, ‘cinta sebelum kahwin‘ lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). malah ia mungkin punca keberantakannya.

Kerana itu di dalam Islam, jika bertunang jangan lama agar perkahwinan itu yang kekal lama. Jika bertunang jangan ber'dating' berdua-duaan kerana ia punca pasangan tidak akan setia.
** info dari fb

Gelagat anak-anak


nie ler anak dara aku.Norilyana Batrisha,besar dah anak mama, belajar rajin2 tau..





Ahmad Aidith Badlishah anak teruna mama..besar tie jadi ustaz yea..insyaallah...

adik n kakak tgh bergaya waktu panas terik berlatar belakangkan kehijauan..beutiful green kata kan...pandai anak mama nie..

buai laju2 sampai pokok sena..aik..dit nape masam ngat..panas yea..kakak jgn hayun laju2 kang jatuh aidith key..



tu dia..bile dapat bmain suke ssangat siap posing lagi..piiiissss..dit..piiss..





Ya Allah..kau berkatilah keluarga ku..Kau rahmatilah anak-anak ku..Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi setiap langkah ku...Anak mama yana & aidith..mama sayang kalian..muuuaaahhh...




Selasa, 3 Ogos 2010

Pak Pandir Di Bulan Pose...

Di suatu petang yang cerah .. Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka sementara menunggu waktu berbuka puasa . Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.
" Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang… ." kata ustaz itu.
Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tue. Semasa sedang berbuka puasa malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentuuooot memanjang. Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?".
"Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu….berak-berak makan julap….muahahahahaha ha!!!!!
Sesungguhnya… niat pak pandir memang suci…

Lagipon .. bulan puasa mana ade setan kan ?seme setan kena ikat kan..kan..kan..

Ya Allah..


Ramadhan Datang Lagi..

"Ketika Ramadhan semakin hampir,mereka yang terdahulu yang telah diberi taufik hidayah oleh Allah SWT kerap memohon keampunan dan bertaubat terhadap Allah yang Maha Esa serta sentiasa berada dalam kerisauan andaikata amalan mereka tidak diterimaNya. Mereka memberati dalam melakukan amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan dan juga di luar Ramadhan dan kemudiannya mereka kerisauan lagi andaikata ibadah mereka ditolak olehNya." [Shaykh Saalih Al-Fawzaan]

Dari Ubadah bin Samit ra,Rasulullah SAW bersabda pada satu hari sedangkan Ramadhan telah datang kepada kami,"Telah datang kepada kamu Ramadhan ,bulan yang diberkati.Allah SWT akan menumpukan perhatianNya kepadamu di dalamnya ,lalu Dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa-doa.Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu di dalamnya dan Dia akan membanggakan kamu kepada para malaikatNya.Maka perlihatkanlah kepada Allah akan kebaikan.Sesungguhnya orang yang malang ialah dia yang telah diharamkan dari rahmat Allah SWT pada bulan ini."


** Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq, semoga kita diberkati dan dirahmati sepanjang bulan yang mulia ini...


Isnin, 2 Ogos 2010

Amanah Buat Suami..

** ingatlah..sesungguhnya isteri pakaian buat suami..jaga dan didiklah isteri ke jalan yang diredhai..moga ianya membawa ke Syurga

Dengarlah..


Wahai Suami...Wahai Isteri...

Ketahuilah bahawa lelaki dan wanita mempunyai fitrah untuk berkongsi perasaan, samada perasaan suka duka, gembira dan kecewa semuanya perlu dikongsikan. Itulah hikmah perkahwinan dimana perkongsian perasaan antara suami isteri menambahkan lagi keakraban hubungan seterusnya menghangatkan romantisme.

Kegagalan berkongsi dengan pasangan selalunya mendorong suami atau isteri mencari insan lain untuk memenuhi keperluan tersebut. Jadilah suami dan isteri yang peka terhadap perasaan pasangan anda dan bentuklah hubungan anda agar kebosanan tidak menjerumuskan anda kepada hubungan gelap dengan orang lain!

**jadilah pendengar yang setia..fahamilah perasaan pasangan anda..sesungguhnya orang yang mampu memahami perasaan pasangannya tergolong dari orang2 yang romantis, malah mampu mengeratkan lagi ikatan kasih sayang..sayangi isteri..sayangi suami..


Friends...

Ahad, 1 Ogos 2010

01 ogos...



Anniversary Clip Art




Get More Comments At GlitterBucks.com!

Kasih Sayang, kebahagiaan dan keikhlasan sentiasa wujud dalam keluarga kita..Love forever