....

nuffnang

nuffnang

Rabu, 18 Julai 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..


Bulan Ramadhan bulan yang mulia
Bulan rahmat dan bulan berkat
Bulan kebajikan pahala berganda
Bulan keampunan doa diterima
Bulan Ramadhan Quran diturunkan
Untuk panduan hidup manusia
Di dalamnya ada Lailatul Qadar
Kebaikan dibuat lebih dari seribu bulan

Bulan Ramadhan pintu neraka di tutup
Mereka yang diazab kubur direhatkan
Iblis dan syaitan kakinya dirantai
Sebagai memuliakan bulan Ramadhan
Berlumba-lumbalah mencari keredhaan
Puasa di siang hari menghidupkan malam
Banyakkanlah doa lebihkan sedekah
Kawallah diri daripada dosa-dosa
Beritikaflah kesepuluh akhir Ramadhan
Jika ada peluang masa pun ada
Kerana ialah sunat yang digalakkan
Rasulullah tidak pernah meninggalkan
Ramadhan Ramadhan Ramadhan
Bulan Rahmat
Tajuk Nasyid : Sinar Ramadhan
Artis : Hijjaz
Album : Nur Syawal

Ubati Anak Nakal & Malas..



Anak-anak anugerah yg tiada nilainya..Kehadiran mereka umpama hiburan dalam kehidupan. Namun ada ketikanya, kita tidak mampu untuk mengawal tingkahlaku mereka. Jika kita rasa anak-anak kita berpotensi untuk mempunyai sikap negatif ini, jangan putus asa. Ini antara usaha yang kita boleh lakukan :-

1. Bangun ketika azan subuh
2. Teruskan berwuduk dan tunaikan solat sunat
3. Selepas itu bacalah surah al-fatihah sebanyak 21 kali di hadapan sebotol air minuman yg dibuka penutupnya
4. Berdoalah pada Allah dan mintalah apa yang dihajatkan dengan menyebut nama penuh mereka
5. Selepas itu, teruskan untuk solat subuh. Berikan anak anda meminumnya.
6. Sekiranya kehabisan air maka ulangi langkah yang sama, cuma bacaan al-fatihah perlu ditambah sebanyak 41 kali bagi pengulangan ke dua, 70 kali bagi pengulangan ke tiga. insyaallah...