....

nuffnang

nuffnang

Rabu, 18 Julai 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..


Bulan Ramadhan bulan yang mulia
Bulan rahmat dan bulan berkat
Bulan kebajikan pahala berganda
Bulan keampunan doa diterima
Bulan Ramadhan Quran diturunkan
Untuk panduan hidup manusia
Di dalamnya ada Lailatul Qadar
Kebaikan dibuat lebih dari seribu bulan

Bulan Ramadhan pintu neraka di tutup
Mereka yang diazab kubur direhatkan
Iblis dan syaitan kakinya dirantai
Sebagai memuliakan bulan Ramadhan
Berlumba-lumbalah mencari keredhaan
Puasa di siang hari menghidupkan malam
Banyakkanlah doa lebihkan sedekah
Kawallah diri daripada dosa-dosa
Beritikaflah kesepuluh akhir Ramadhan
Jika ada peluang masa pun ada
Kerana ialah sunat yang digalakkan
Rasulullah tidak pernah meninggalkan
Ramadhan Ramadhan Ramadhan
Bulan Rahmat
Tajuk Nasyid : Sinar Ramadhan
Artis : Hijjaz
Album : Nur Syawal

Ubati Anak Nakal & Malas..



Anak-anak anugerah yg tiada nilainya..Kehadiran mereka umpama hiburan dalam kehidupan. Namun ada ketikanya, kita tidak mampu untuk mengawal tingkahlaku mereka. Jika kita rasa anak-anak kita berpotensi untuk mempunyai sikap negatif ini, jangan putus asa. Ini antara usaha yang kita boleh lakukan :-

1. Bangun ketika azan subuh
2. Teruskan berwuduk dan tunaikan solat sunat
3. Selepas itu bacalah surah al-fatihah sebanyak 21 kali di hadapan sebotol air minuman yg dibuka penutupnya
4. Berdoalah pada Allah dan mintalah apa yang dihajatkan dengan menyebut nama penuh mereka
5. Selepas itu, teruskan untuk solat subuh. Berikan anak anda meminumnya.
6. Sekiranya kehabisan air maka ulangi langkah yang sama, cuma bacaan al-fatihah perlu ditambah sebanyak 41 kali bagi pengulangan ke dua, 70 kali bagi pengulangan ke tiga. insyaallah...

Khamis, 19 April 2012

Ahmad Asyraf Bathishah



Assalamualaikum semua..rasanyer lama x update blog..maklumlah tahun lepas adalah tahun yang paling bz..yealah..sampai x sempat nak tgk2 blog sendiri..alhamdulillah..awal thn 2012 bersamaan 10.01.2012 aku selamat mlahirkan sorg putera Ahmad Asyraf Bathishah..waaahhhh..bertambah gamat lg aaa umah aku hehehe..maka bertambah manja laa anak gadisku..so..
Cerita psl ank2 mmg x abis..tanpa diarang sunyi rs nyer idup nie..wlau bgaimana skali pun..inilah kurniaan Allah yang x tnilai harganya..mudah2an ank2 ku kan mjadi insan yang berguna suatu ari nnt..dan sentiasa patuh,taat dan setia pada ibubapa, agama dan negara...amiiiinn...

Ahad, 9 Oktober 2011

Diet Rasulullah



Ramai yg nak berdiet,tp x turun2 gak brat badan..so per kate kite try diet yg d amalkan oleh Rasulullah..mudah2an per yg di impikan mjadi kenyataan...

JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya
sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


> Jangan makan SUSU bersama DAGING
> Jangan makan DAGING bersama IKAN
> Jangan makan IKAN bersama SUSU
> Jangan makan AYAM bersama SUSU
> Jangan makan IKAN bersama TELUR
> Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
> Jangan makan SUSU bersama CUKA
> Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

** CARA MAKAN **

*JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
*TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
*JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

*Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah.........Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

*Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam
bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

*Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt
membuat amalan antara lain:

*Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh
saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

*Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

*Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain.
Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

*Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah
jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya....... WallahuA'lam Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan
menggandakan 10 kali kepadanya..

Khamis, 7 Julai 2011

Ayat-Ayat Terindah



Bekunya airmata kerana kerasnya hati.
Kerasnya hati dari banyaknya dosa.
Banyaknya dosa dari lupanya mati.
Lupanya mati dari kerana cintakan dunia...


** indahnya bicara andai kita pandai menilainya...indahnya iman andai sentiasa mengamalkannya..

Isnin, 31 Januari 2011

Mata Lalat vs Mata Lebah

'Manusia ada 2 jnis mata, MATA LALAT & MATA LEBAH. Mata Lalat, akan sentiasa mencari najis walaupun duduk di taman bunga, tp mata lebah akan tetap mencari bunga yg cantik walaupun duduk di kawasan sampah...Dimanakah anda..?sebaik2 nye adlh mata seseorang tu ditentukan oleh mata hati, kalau hati baik, mata lebahlah jadinya, kalau sebaliknya mata lalatlah ia...dan mata2 ni mungkin tak sama dgn rupa diri seseorg, nampak baik tapi bermata lalat, nampak jahat tapi bermata lebah.."

Kenyataan ini aku temui dalam FB seseorang..aku x tau ler pendapat korang sama @ sebaliknya ngan aku..kite ade pandangan dan pendapat kite sendiri kan..terserah pada yg mnilai nyer..Bagi aku..antara lalat mahupun lebah..tetap ade klemahan dan kbaikannya.

Pada aku, mata lebah juga bahaya krna selepas menghisap madu sang bunga ia akan terbang dan mencari bunga yg lain utk menghisap madu pd ms yang sama menceritakan kburukan dan perbandingan sang bunga yg dtinggalkan demi menagih madu yg lain..

SiLalat habitnya pd kekotoran, bangkai dan najis jamuan matanya..perlukah kite mpertikaikannya..Tapi sekotor-kotor lalat, ia juga punya harga diri. Ia punya manfaat. Disebutkan dalam hadits Nabi, bahwa lalat membawa racun pada sayap bahagian kiri dan membawakan penawarnya pula pada sayap bagian kanan.

Jadi janganlah si lalat dipandang hina meskipun hidup dalam kekotoran, namun tidak mengaibkan makhluk lain...Dan janganlah terlalu menyanjung si lebah meskipun hidup penuh dengan wangian dan bungaan..sedangkan ia belum tentu menyenangkan insan lain..bak kate pepatah..habis madu hampas di buang..sian kat bunga madu dihirup namun dbiar layu menunggu masa untuk sembah kbumi.

Menilai kebaikan dan keburukan seseorang bukan kite yang tentukan..tetapi nilailah diri kita sendiri sebelum kite nilai orang lain..kerna Allah lebih mengetahui setiap hambanya..amin..

Ahad, 28 November 2010

Lelaki Yang diTarik Menjadi Penghuni Neraka

* Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

* Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

* Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

* Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

**Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.
Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.
Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama saling membantu dan nasihat-menasihati??