....

nuffnang

nuffnang

Isnin, 16 Ogos 2010

Tibanya Saat Berbuka..


WAHAI SUAMI
Setelah berpuasa seharian, lazimnya para suami akan 'request' pada isteri tersayang untuk menyediakan juadah dan lauk pauk kegemarannya. Bersikap prihatinlah terhadap isteri anda. Berpada-padalah tatkala memberi senarai makanan yang anda mahukan isteri sediakan. Isteri anda juga berpuasa dan selain dari menunaikan kemahuan anda, isteri juga pasti lebih bersimpati dengan anak-anak terutamanya yang berlatih berpuasa.

WAHAI ISTERI
Setelah penat di pejabat , ataupun sebagai suri-rumah yang sibuk melayan anak-anak kecil seharian, tuntutan dari suami dan anak-anak yang berpuasa tentu memberi tekanan pada anda. Bersikap bijaksana dan bersabarlah menghadapi karenah mereka. Tentunya tindakan anda sebagai ibu dan isteri yang sanggup bersusah-payah demi keluarga tercinta akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Dan sesungguhnya...

Ya Allah, pada malam ini tatkala doa-doa hambaMu Kau kabulkan, semoga doa kami adalah di antaranya. Bila dikau mengampunkan hamba-hambaMu yang bertaubat, hendaknya taubat kami juga Kau terima Ya Allah. Di kala RahmatMu kau curahkan ke atas mereka yang Kau Redhai, hendaknya kami juga terpilih untuknya. Dan bila kau tetapkan Jannah untuk sebilangan hamba mu yang beruntung. Jadikanlah kami dikalangan mereka.Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan